awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 mati, 17 hilang bot Rohingya menuju Malaysia karam di Bangladesh

Bernama
Bernama
04/10/2022
14:13 MYT
3 mati, 17 hilang bot Rohingya menuju Malaysia karam di Bangladesh
Seramai 45 orang, termasuk empat warga Bangladesh dan 41 pelarian Rohingya, berjaya diselamatkan. - Gambar hiasan/ Reuters
DHAKA: Sekurang-kurangnya tiga maut manakala 17 lagi hilang selepas bot yang membawa berpuluh-puluh orang, kebanyakannya pelarian Rohingya, terbalik di Teluk Bengal di luar pantai daerah Cox's Bazar, Bangladesh pada pagi Selasa.
"Kami sudah menemui tiga mayat," kata Pegawal Pantai Bangladesh Lt Komander Ashiq Ahmed,kepada Xinhua.
"Kami dimaklumkan bot yang membawa kira-kira 65 orang itu berlepas dari Teknaf kira-kira 5 pagi waktu tempatan pada Selasa," katanya.
Beliau berkata bot berkenaan karam di luar pantai Bangladesh disebabkan laut bergelora.
Seorang penumpang yang terselamat memberitahu penyelamat mereka cuba memasuki Malaysia secara haram, menurut pengawal pantai.
Beliau berkata 45 orang, termasuk empat warga Bangladesh dan 41 pelarian Rohingya, berjaya diselamatkan.
Operasi mencari dan menyelamat sedang mengesan 17 lagi penumpang yang hilang, katanya.
Hampir satu juta Rohingya dari negeri Rakhine di Myanmar kini tinggal di khemah-khemah di daerah Cox"s Bazar dan mereka sering cuba menyeludup keluar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelarian Rohingya
#bot terbalik
#Bangladesh
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan