awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 maut dalam pertempuran menjelang pilihan raya Liberia

Bernama
Bernama
01/10/2023
14:08 MYT
3 maut dalam pertempuran menjelang pilihan raya Liberia
Pilihan raya umum dijadualkan berlangsung di Liberia pada 10 Oktober untuk memilih presiden negara itu, wakil Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
MOSCOW: Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam pertempuran antara penyokong dua parti politik utama Liberia, parti pemerintah Coalition for Democratic Change (CDC) dan pembangkang Unity Party, di Lofa County di barat laut negara itu, kata Setiausaha Agung CDC Jefferson Koijee pada Ahad, lapor Sputnik.
"(CDC) mendapati beratus-ratus penyokong Unity Party, tanpa provokasi, mendalangi dan melakukan serangan yang disengajakan ke atas premis (calon perundangan CDC daerah Foya yang ditandingi calon (Thomas) Fallah.
"Mereka merosakkan harta benda, merompak gerai di pasar, membunuh tiga penduduk yang tidak bersalah, manakala lima lagi disahkan mengalami pelbagai kecederaan," menurut Koijee dipetik oleh Agensi Berita Liberian Observer.
Bagaimanapun, Unity Party menafikan dakwaan Koijee, sebaliknya menuduh penyokong CDC menghasut untuk memulakan keganasan.
Pasukan penyiasat khas telah ditubuhkan untuk menyiasat kejadian itu, kata polis Liberia.
Pilihan raya umum dijadualkan berlangsung di Liberia pada 10 Oktober untuk memilih presiden negara itu, wakil Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Liberia
#pertempuran penyokong parti
#maut
#CDC
#unity party
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan