ATHENS: Tiga orang maut dalam kebakaran hutan yang terus marak di seluruh Greece pada Rabu, Xinhua memetik laporan media tempatan.
Seorang wanita ditemukan meninggal dunia dalam sebuah treler berhampiran Volos, lokasi kebakaran besar berlaku pada Rabu, manakala suami mangsa cedera parah, lapor penyiar kebangsaan Greece ERT.
Dalam pada itu, seorang pengembala berusia 45 tahun dijumpai maut selepas mangsa bersama abangnya bertungkus lumus memindahkan haiwan ternakannya ke tempat selamat.
Satu lagi mayat lelaki ditemukan berhampiran pusat peranginan tepi laut Karystos di Pulau Evia.
Sebuah pesawat pemadam kebakaran turut dilaporkan terhempas di pulau berkenaan pada Selasa, mengakibatkan kematian juruterbang dan pembantunya.
Sebanyak 594 kebakaran hutan berlaku di seluruh Greece dalam tempoh 10 hari lalu, termasuk 61 pada Rabu.
Kebakaran berhampiran Volos antara yang paling mencabar, kata Menteri Krisis Iklim dan Perlindungan Awam, Vassilis Kikilias.
Penduduk dipindahkan ketika suhu melebihi 40 darjah Celcius dan angin kencang mewujudkan kawasan hadapan yang menjangkau beberapa kilometer, tambahnya.
Agensi Berita Greece, AMNA melaporkan anggota bomba bertungkus lumus memadam kebakaran berhampiran kawasan perindustrian Volos memaksa kilang serta penempatan berhampiran kawasan arkeologi bernilai tinggi dikosongkan.
Anggota kecemasan juga memadam kebakaran yang berlaku semula di Pulau Corfu dan Rhodes, kata Jabatan Bomba.
Darurat diisytiharkan pada Rabu di Pulau Rhodes, ketika kebakaran hutan terus marak untuk hari kesembilan berturut-turut.
Bagaimanapun, perintah darurat tidak membayangkan Rhodes tidak selamat untuk pelawat, sebaliknya ia berkaitan dengan kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 27 2023
Anggota bomba memadam kebakaran di zon perindustrian bandar Volos, di tengah Greece, 26 Julai 2023. - REUTERS
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Cegah jenayah: Kerjasama komuniti kekang jenayah secara holistik
Jelasnya, program seumpama ini diharap dapat memberikan pendedahan tentang pencegahan jenayah dan menzahirkan aspirasi PDRM untuk penglibatan aktif warga komuniti dalam memerangi aktiviti jenayah.
Kebakaran hutan di Pahang semakin pulih
Kebakaran hutan berskala besar yang melibatkan tiga lokasi di negeri Pahang sejak akhir Mac semakin pulih.
30 hektar hutan tanah gambut di Kuantan terbakar
Setakat 10 malam operasi masih berjalan bagi memadam 10 hektar lagi kawasan yang terbakar.
Kebakaran hutan di Bukit Broga berjaya dikawal sepenuhnya
Api berjaya dipadam sepenuhnya oleh pihak bomba pada jam 2.30 pagi dan operasi dihentikan pada jam 3.30 pagi tadi.
Indonesia sedang siap sedia untuk laksana pembenihan awan tangani kebakaran hutan
Langkah itu bagi menangani kebakaran yang berlaku baru-baru ini selepas musim tengkujuh, khususnya di wilayah Riau.
Bomba kenal pasti lima negeri berisiko berlaku kebakaran hutan
JBPM mengenal pasti 201,000 hektar tanah gambut yang dimajukan di lima negeri sebagai berisiko berlaku kebakaran hutan.
Cuaca panas melampau, pembakaran hutan tingkat kes kebakaran di Sabah
Cuaca panas melampau dan kemarau, selain pembakaran hutan secara sengaja untuk pembersihan kebun serta membuka kawasan baharu antara punca utama peningkatan kebakaran di Sabah bulan ini.
Cuaca panas, kering, El Nino, elak pembakaran terbuka - Nik Nazmi
Menurut Nik Nazmi, terdapat dua kes kebakaran berskala besar melibatkan kawasan hutan simpan, iaitu di Sabah dan Perlis, baru-baru ini.
Sekurang-kurangnya 99 terbunuh dalam kebakaran hutan di Chile
Sekurang-kurangnya 99 terbunuh manakala 1,600 orang hilang tempat tinggal akibat kebakaran hutan melanda Wilayah Valparaiso, Chile.
10 maut dalam kebakaran hutan di Chile
Seramai 10 orang terbunuh dalam kebakaran hutan di tengah dan selatan Chile, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik pihak berkuasa tempatan.
Ibu dukung anak OKU elak rentung
Kejadian berlaku pada jam 8.20 pagi ketika Asmiza Mustapha, 48, melakukan persiapan untuk membuka operasi menjual nasi berlauk bersama suaminya, Mohamad Jaafar, 53.