awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 maut kereta api Amtrak tergelincir di Montana

Astro Awani
Astro Awani
26/09/2021
02:26 MYT
3 maut kereta api Amtrak tergelincir di Montana
Ketika kejadian, kereta api berkenaan membawa kira-kira 147 penumpang dan 13 kru. - Foto Twitter/@jacob_cordeiro
JOPLIN: Sekurang-kurangnya tiga maut dan beberapa lagi individu cedera selepas kereta api dinaiki mereka tergelincir di Montana, pada Sabtu.
Menurut jurucakap kereta api Amtrak dalam satu kenyataan, kenderaan itu bergerak antara Seattle dan Chicago dan kejadian berlaku sekitar 4 petang berhampiran Bandar Joplin.
Ketika kejadian, kereta api berkenaan membawa kira-kira 147 penumpang dan 13 kru.
"Amtrak bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk membawa penumpang yang cedera dan memindahkan semua penumpang yang lain dengan selamat," katanya pada Sabtu.
Beberapa keping gambar disiarkan di media sosial oleh penumpang memaparkan kereta api berkenaan dalam keadaan kemalangan dan penumpang yang selamat sedang membawa barang mereka.
Topic Berkaitan
#tren
#tergelincir
#Amtrak
#maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan