DUNIA
30 kapal flotila berjaya elak tangkapan Israel, kini hampir ke pesisir Gaza

Penganjur menyifatkan kejayaan ini sebagai pencapaian penting, dengan sokongan antarabangsa terus meningkat dan beberapa negara mengecam tindakan Israel secara terbuka. - Foto X/Global Sumud Flotilla
SEKURANG-kurangnya 30 kapal daripada konvoi bantuan Global Sumud Flotilla (GSF) dilaporkan telah berjaya mengelak daripada ditahan oleh tentera laut Israel dan kini berada kira-kira 85 kilometer dari pesisir Gaza, menurut maklumat terkini daripada penganjur dan aktivis di lapangan.
Ringkasan AI
- Sekurang-kurangnya 30 kapal flotila berjaya elak daripada ditahan oleh tentera laut Israel, dan kini berada sekitar 85 kilometer dari pesisir Gaza.
- Misi kemanusiaan GSF melibatkan lebih 500 aktivis dari 44 negara, bertujuan menghantar bantuan dan solidariti kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat konflik dan sekatan.
- Penganjur menyifatkan kejayaan ini sebagai pencapaian penting, dengan sokongan antarabangsa terus meningkat dan beberapa negara mengecam tindakan Israel secara terbuka.
Sebelum ini, beberapa kapal dalam flotila telah dipintas secara paksa oleh tentera Israel di perairan antarabangsa, termasuk kapal yang membawa aktivis terkenal Greta Thunberg dan Mandla Mandela.
Namun, sebahagian besar armada berjaya melepasi zon pemintasan dan kini menghampiri kawasan pantai Gaza.
Penganjur GSF menyifatkan kejayaan ini sebagai pencapaian penting dalam usaha menembusi sekatan maritim Israel yang telah berkuat kuasa selama hampir dua dekad.
Mereka turut menegaskan bahawa misi ini adalah sah di sisi undang-undang antarabangsa dan tidak membawa sebarang ancaman ketenteraan.
Komuniti antarabangsa terus memantau perkembangan ini dengan penuh perhatian, sementara beberapa negara seperti Colombia, Venezuela dan Malaysia telah menyuarakan kecaman terhadap tindakan Israel dan menyatakan sokongan terhadap misi flotila.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami