awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

33 maut, lebih 2 juta terjejas banjir di Punjab, Pakistan

Bernama
Bernama
01/09/2025
05:00 MYT
33 maut, lebih 2 juta terjejas banjir di Punjab, Pakistan
Tiga sungai utama di wilayah itu kini berada pada paras berbahaya, menurut pegawai PDMA. - Foto Reuters
ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 33 orang terkorban manakala lebih dua juta lagi terjejas selepas hujan lebat mengakibatkan banjir besar di wilayah Punjab, timur Pakistan, kata seorang pegawai pada Ahad, lapor Xinhua.

Ringkasan AI
  • Banjir besar di Punjab, Pakistan akibat hujan lebat mengorbankan sekurang-kurangnya 33 orang dan menjejaskan lebih dua juta penduduk.
  • Hampir 500,000 orang dipindahkan ke kawasan selamat; lebih 800 bot dan 1,300 anggota penyelamat dikerah untuk operasi pemindahan.
  • Sejak 26 Jun, 854 maut dan 1,130 cedera akibat insiden berkaitan hujan di seluruh Pakistan.

Ketua Pengarah Pengurusan Bencana Wilayah (PDMA), Irfan Ali Kathia berkata hampir setengah juta penduduk telah dipindahkan ke kawasan selamat ketika banjir besar terus menenggelami banyak kawasan di Punjab, manakala operasi menyelamat serta bantuan masih diteruskan.
Beliau berkata lebih 800 bot dan 1,300 anggota penyelamat dikerah bagi memindahkan mangsa, kebanyakannya di kawasan luar bandar berhampiran tebing sungai utama Punjab.
Tiga sungai utama di wilayah itu kini berada pada paras berbahaya, menurut pegawai PDMA.
Bagi menampung mangsa yang dipindahkan, beberapa kem sementara telah didirikan di seluruh wilayah, menyediakan makanan, tempat tinggal dan perkhidmatan kesihatan asas.
Sejak 26 Jun tahun ini, sekurang-kurangnya 854 orang maut dan 1,130 lagi cedera dalam insiden berkaitan hujan di seluruh Pakistan, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Banjir pakistan
#Punjab
#hujan lebat
#terkorban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan