Skip to main content

Dunia

Siling pasar raya Korea Selatan runtuh, 38 cedera

Pasukan penyelamat masih menjalankan operasi pemeriksaan dan pencarian di kawasan runtuhan yang melibatkan tingkat dua bangunan empat tingkat itu. -Foto AP
Pasukan penyelamat masih menjalankan operasi pemeriksaan dan pencarian di kawasan runtuhan yang melibatkan tingkat dua bangunan empat tingkat itu. -Foto AP

Advertisement

DAEGU: Sekurang-kurangnya 38 orang cedera ringan selepas sebahagian siling plaster sebuah pasar raya runtuh di bandar Korea Selatan pada Sabtu.

Jabatan Bomba Daegu berkata 66 individu lain dipindahkan dari premis berkenaan selepas menerima laporan mengenai kejadian itu pada 10.16 pagi waktu tempatan.

Daripada jumlah mangsa yang cedera, sembilan orang dibawa ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Pegawai Jabatan Bomba, Yoon Jong Mi, berkata jumlah mangsa cedera mungkin meningkat kerana pemeriksaan di lokasi kejadian masih dijalankan.

Bagaimanapun, pemeriksaan awal mendapati tiada mangsa mengalami kecederaan serius atau mengancam nyawa.

Pasukan penyelamat masih menjalankan operasi pemeriksaan dan pencarian di kawasan runtuhan yang melibatkan tingkat dua bangunan empat tingkat itu.

Setakat ini, pihak polis dan bomba masih menyiasat punca kejadian.

Sementara itu, Presiden Korea Selatan, Lee Jae-myung, mengarahkan agensi berkaitan menggerakkan segala aset yang diperlukan bagi operasi menyelamat serta memastikan tindakan segera diambil untuk menangani insiden berkenaan.

Must Watch Video

Advertisement