Ringkasan AI
- Kementerian Kesihatan Malaysia sedang membangunkan Pelan Strategik OKU termasuk pembentukan Pangkalan Data OKU peringkat kebangsaan yang mengintegrasi data komuniti palsi serebrum.
- Sejumlah 1,076 kanak-kanak palsi serebrum telah didaftarkan dan menerima intervensi awal di klinik kesihatan seluruh negara dari 2016 hingga 2025.
- Pelan strategik ini bertujuan memastikan keperluan individu palsi serebrum diberi perhatian sepanjang hayat, termasuk aspek kerjaya, sosial dan kehidupan bermaruah.
SHAH ALAM: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga di bawah Sektor Orang Kurang Upaya (OKU) telah memulakan sesi perbincangan strategik ke arah pembangunan Pelan Strategik OKU KKM.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata di bawah pelan itu, KKM sedang giat merangka pembentukan sebuah Pangkalan Data OKU (OKU Registry) peringkat kebangsaan, dengan mengintegrasikan sepenuhnya data dan profil keperluan komuniti palsi serebrum (CP).
“Langkah itu membuktikan bahawa suara anda didengari dan sedang diterjemahkan ke dalam tindakan berstruktur pada peringkat kementerian bagi merancang sistem penyampaian perkhidmatan yang dipacu oleh data sebenar.
“Oleh sebab itu, pendekatan seperti CP Living Library dalam simposium ini amat signifikan kerana pengetahuan klinikal memberikan kita bukti perubatan dan sains, namun pengalaman hidup sebenar anda semua memberikan kami perspektif kemanusiaan dan empati,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis pembukaan Simposium Palsi Serebrum 2026 anjuran Gabungan Anak-Anak Palsi Serebrum (GAPS) di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini hari ini.
Menurut rekod KKM, sebanyak 1,076 kes kanak-kanak CP telah didaftarkan serta menerima inisiatif intervensi awal di pelbagai klinik kesihatan di seluruh negara bermula dari 2016 hingga 2025.
Ketika ditemui media selepas itu, Dzulkefly berkata pembangunan pelan strategik berkenaan masih pada peringkat awal, namun penting bagi memastikan keperluan individu dengan CP terus diberi perhatian sepanjang hayat mereka.
Beliau berkata CP bukan sahaja memerlukan penjagaan ketika peringkat kanak-kanak, malah sokongan berterusan ketika individu berkenaan memasuki alam remaja dan dewasa.
“Ini satu keperluan sepanjang hayat atau lifelong. Kita mahu memastikan golongan ini mendapat peluang untuk menjalani kehidupan seperti orang lain, termasuk dalam aspek kerjaya, hubungan sosial dan mendirikan rumah tangga.
“Cabaran kita adalah untuk memastikan mereka tidak terhenti atau terpinggir daripada sistem sokongan selepas tamat persekolahan. Mereka bukan sekadar memerlukan empati dan simpati, sebaliknya ekosistem yang membolehkan mereka menjalani kehidupan yang normal, bermaruah dan inklusif sepanjang hayat,” katanya.
Mengulas mengenai jangkaan tempoh pembangunan Pangkalan Data OKU (OKU Registry) itu, Dzulkefly berkata inisiatif berkenaan akan dilaksanakan melalui pendekatan penambahbaikan berterusan.
Beliau berkata proses pengumpulan data perlu dimulakan secara teratur dan berstruktur bagi memastikan pangkalan data yang dibangunkan mempunyai set data yang berkualiti serta dapat menyokong perancangan perkhidmatan lebih berkesan.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah inisiatif utama yang sedang diusahakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkaitan komuniti palsi serebrum (CP)?
A: KKM sedang merangka Pelan Strategik OKU KKM dan membangunkan Pangkalan Data OKU (OKU Registry) peringkat kebangsaan yang mengintegrasikan data serta profil keperluan komuniti palsi serebrum (CP). - Q: Berapakah jumlah kes kanak-kanak palsi serebrum (CP) yang telah didaftarkan dan menerima intervensi awal di klinik kesihatan seluruh negara?
A: Sebanyak 1,076 kes kanak-kanak CP telah didaftarkan dan menerima inisiatif intervensi awal di pelbagai klinik kesihatan di seluruh negara dari tahun 2016 hingga 2025. - Q: Apakah tujuan pembangunan Pangkalan Data OKU (OKU Registry) oleh KKM?
A: Tujuan pembangunan Pangkalan Data OKU adalah untuk memastikan data dan profil keperluan komuniti CP dapat disatukan, seterusnya menyokong perancangan perkhidmatan yang lebih berkesan dan dipacu oleh data sebenar. - Q: Mengapa sokongan kepada individu dengan palsi serebrum (CP) dianggap sebagai keperluan sepanjang hayat?
A: Sokongan dianggap keperluan sepanjang hayat kerana individu dengan CP memerlukan penjagaan bukan sahaja ketika kanak-kanak, tetapi juga sokongan berterusan semasa remaja dan dewasa untuk memastikan mereka tidak terpinggir daripada sistem sokongan. - Q: Bagaimana proses pembangunan Pangkalan Data OKU (OKU Registry) akan dilaksanakan?
A: Proses pembangunan akan dilaksanakan melalui pendekatan penambahbaikan berterusan, dengan pengumpulan data yang teratur dan berstruktur bagi memastikan set data yang berkualiti dapat menyokong perancangan perkhidmatan.