awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4 cedera dalam kebakaran loji penapisan minyak di Greece

Bernama
Bernama
18/09/2024
03:30 MYT
4 cedera dalam kebakaran loji penapisan minyak di Greece
Api marak di sebuah kilang penapisan minyak utama, mendorong pihak berkuasa Greece mengeluarkan amaran pemindahan untuk penduduk sekitar, berhampiran bandar Agii Theodori, kira-kira 70km dari Athens, Greece, 17 Sept 2024. (Foto AP)
ATHENS: Empat orang cedera ringan pada Selasa apabila kebakaran berlaku di kompleks penapisan minyak Motor Oil berhampiran bandar Corinth, 70 kilometer (km) di barat Athens, lapor Xinhua.
Kebakaran berjaya dikawal sejurus selepas matahari terbenam, namun anggota bomba akan terus bertugas sepanjang malam bagi memadam sisa kebakaran dan mengelakkan risiko kejadian berulang, menurut pasukan bomba.
Terdahulu, pihak berkuasa menasihatkan penduduk di kawasan itu supaya berpindah sebagai langkah berjaga-jaga.
Asap tebal menyelubungi kawasan itu, mengganggu lalu lintas berhampiran loji penapisan.
Punca kejadian masih belum diketahui, menurut Motor Oil (Hellas) Corinth Refineries S.A. dalam satu kenyataan.
Motor Oil merupakan kumpulan industri petroleum utama di Greece, khusus dalam penapisan minyak dan perdagangan. Ia juga merupakan antara pembekal bahan api terkemuka di tenggara Eropah, yang menguruskan rangkaian stesen minyak di Greece, Cyprus dan Balkan Barat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Greece
#Motor Oil
#kebakaran
#loji penapisan minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan