Beberapa orang awam dilaporkan cedera dalam satu insiden tembak menembak di Wisconsin, Amerika Syarikat.

Kejadian berlaku 11 pagi waktu tempatan di sebuah spa berhampiran pusat membeli belah Brookfried Square.

Bagaimanapun penembak berjaya melarikan diri dan polis melancarkan gerakan memburu suspek.

Sementari itu, jurucakap Hospital Froedtert Memorial memberitahu, setakat ini empat mangsa dibawa ke hospital dan jumlahnya bertambah.

Kesemua empat mangsa dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius.