TEHRAN: Sekurang-kurangnya empat banduan terbunuh dan 61 lagi cedera dalam kebakaran di Penjara Evin di Tehran pada malam Sabtu, lapor Xinhua memetik agensi berita rasmi IRNA.
"Berikutan pergaduhan malam tadi antara beberapa banduan wad khas bagi sabitan kes kecurian dan kewangan di penjara itu dan kebakaran tercetus di bengkel jahitan penjara ini... sejumlah besar banduan berjaya diselamatkan... malangnya empat banduan maut dan ada yang cedera," menurut laporan itu.
Empat banduan yang maut akibat terhidu asap itu disabitkan dengan kesalahan mencuri, katanya.
Antara 61 yang cedera, 51 dirawat di klinik pesakit luar dan 10 lagi dimasukkan ke hospital, empat daripadanya dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Lebih 70 banduan yang berhadapan risikio kecederaan dapat diselamatkan, menurut laporan itu.
Ketika konflik dan kebakaran beberapa banduan yang disabitkan dengan jenayah keganasan dan berbahaya cuba melarikan diri, namun gagal hasil daripada langkah keselamatan di situ, lapor IRNA.
Laporan sebelum ini menyebut kebakaran tercetus berikutan pergaduhan dalam kalangan beberapa banduan di wad dan merebak ke bilik stor pakaian penjara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 16 2022
Laporan sebelum ini menyebut kebakaran tercetus berikutan pergaduhan dalam kalangan beberapa banduan di wad dan merebak ke bilik stor pakaian penjara itu. - Twitter / @YourAnonTV
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Kebakaran besar berlaku di penjara Evin
Foto dan video yang tular menunjukkan tembakan kedengaran dengan kepulan asap menyelebungi penjara tersebut.