Sekurang-kurangnya 40 orang cedera selepas sekumpulan penyerang bersenjata api bertempur dengan pasukan keselamatan sehingga berlaku letupan bom di Willayah Utara Samangan, Afghanistan pada Isnin.

Jurucakap pemerintah Wilayah Samangan, Mohammad Sediq Azizi berkata, serangan itu berlaku di sebuah bangunan kerajaan di ibu negeri Samangan, Aybak berhampiran Agensi Perisikan Utama, Pejabat Direktorat Keselamatan Nasional.

"Bagaimanapun mereka masih tidak faham apakah motif serangan yang dibuat dan siapakan sasaran serangan itu.

"Ini adalah serangan yang kompleks kerana mula menyerang dengan mengebom kenderaan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Wilayah itu, Khalil Musadeq memaklumkan, seramai 43 orang awam dan anggota pasukan keselamatan cedera dalam serangan itu dan jumlah itu dijangka meningkat termasuk ada yang terkorban.