awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

40 pelajar Malaysia terkandas di asrama akibat banjir di Chennai

Bernama
Bernama
02/12/2015
10:12 MYT
40 pelajar Malaysia terkandas di asrama akibat banjir di Chennai
Para pegawai pejabat konsulat Malaysia sedang berusaha menghubungi pegawai kolej itu bagi mengatur urusan menyelamatkan pelajar terbabit. - Gambar fail
Banjir yang melanda negeri Tamil Nadu di selatan India menyebabkan kira-kira 40 pelajar Malaysia di Meenakshi Ammal Dental College, Maduravoyal, kira-kira 40km dari Chennai, terkandas di asrama mereka.
Pelajar terbabit meminta pejabat konsul jenderal Malaysia di Chennai menyelamatkan mereka apabila air banjir mencecah aras satu bangunan berkenaan pagi ini, manakala Jabatan Meteorologi India meramalkan akan berlaku hujan lebat.
Konsul jenderal R. Citra Devi, apabila dihubungi, berkata para pegawainya sedang berusaha menghubungi pegawai kolej itu bagi mengatur urusan menyelamatkan pelajar terbabit.
"Kami sedang berusaha untuk menyediakan kemudahan penginapan untuk pelajar terbabit apabila mereka sampai di Chennai," katanya.
Citra Devi berkata lebih 1,000 pelajar Malaysia di bandar raya itu dan di kawasan lain terjejas oleh banjir dan pejabat beliau telah membuka pusat krisis banjir untuk membantu mereka.
Menurut beliau, bekalan elektrik di bandar raya itu terganggu sejak malam tadi dan hampir semua jalan raya utama dinaiki air.
Citra Devi menasihati rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan supaya menghubungi para pegawai pejabat konsul jenderal, yang bertugas sepanjang masa, melalui WhatsApp (+91 9940344334) atau e-mel ([email protected]).
Mereka juga boleh menghubungi pejabat konsul itu (+091 4424334434) atau nombor telefon bimbitnya (+91 9791114261), kata beliau.
Pihak berkuasa lapangan terbang Chennai mengumumkan lapangan terbang di bandar raya itu terus ditutup hingga 6 pagi esok kerana landasannya masih ditenggelami air.
Sementara itu, Malaysia Airlines dan AirAsia, yang mengadakan perkhidmatan dua kali sehari ke Chennai, melencongkan penerbangan mereka ke Bengaluru di negeri Karnataka.
Topic Berkaitan
#banjir
#pelajar malaysia
#Tamil Nadu
#terkandas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan