awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MediaTek lancar cip Dimensity 7100 untuk peranti 5G mampu milik
Dua kru TLDM terlibat insiden helikopter Super Lynx dirawat di ICU, zon kuning
Objek disyaki serpihan dari angkasa ditemukan di pesisir pantai di Pekan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

5 maut, 15,447 dipindahkan dalam banjir Jakarta

Bernama
Bernama
17/01/2013
14:42 MYT
5 maut, 15,447 dipindahkan dalam banjir Jakarta
Kejadian banjir besar yang melanda kotaraya Jakarta sejak Selasa lepas telah mengorbankan lima orang dan 15,447 orang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir setakat ini.
Berikutan keadaan banjir semakin buruk hari ini hingga melumpuhkan aktiviti harian warga kota, kerajaan pentadbiran ibukota Jakarta telah mengisytiharkan keadaan darurat bencana banjir hingga 27 Januari ini.
Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) sejumlah 44 kawasan penempatan di 25 daerah kecil di Jakarta terjejas membabitkan penduduk berjumlah 94,624 orang.
Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dan ibu negara (wanita pertama) Ibu Ani Yudhoyono turut meninjau beberapa kawasan penempatan penduduk yang dilanda banjir.
Gabenor Jakarta Joko Widodo turut meninjau ke kawasan banjir di pusat bandar dan beberapa kawasan penempatan penduduk, secara berasingan.
Topic Berkaitan
#5 maut
#banjir di jakarta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan