awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelancaran PlayStation 6 dijangka ditangguh selepas 2027 akibat kekurangan RAM
Meta dilapor beli Manus pada nilai lebih AS$2 bilion, perkhidmatan kekal beroperasi
[KOLUMNIS] Senyap tetapi berimpak, fungsi berterusan universiti memperkasa komuniti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

5 perkara tentang Karahantepe, wajah terbaharu warisan arkeologi

Israr Khalid, Linda Salim
Israr Khalid, Linda Salim
25/09/2021
08:23 MYT
5 perkara tentang Karahantepe, wajah terbaharu warisan arkeologi
Turki sekali lagi berada di bawah lampu sorot dunia dengan penemuan tapak arkeologi manusia Zaman Batu Baharu atau Neolitik iaitu Karahantepe. - Foto Astro AWANI
SANLIURFA: Turki, sekali lagi berada di bawah lampu sorot dunia dengan penemuan tapak arkeologi manusia Zaman Batu Baharu atau Neolitik iaitu Karahantepe.
Ini lima perkara yang perlu anda ketahui tentang wajah terbaharu dunia arkeologi ini:
1. Karahantepe ditemui susulan penerokaan Gobeklitepe, sebuah tapak arkeologi zaman neolitik sekitar 12,000 tahun yang lalu.
Sejak penemuan Gobeklitepe, 12 lagi tapak arkeologi di sekitarnya telah dikenal pasti.
Karahantepe adalah salah satu daripada tujuh tapak yang sedang diekskavasi, berbaki lima yang masih belum bermula.
Tas Tepeler, kompleks yang menjadi lubuk terbaharu dunia arkeologi di Sanliurfa.
Tas Tepeler, kompleks yang menjadi lubuk terbaharu dunia arkeologi di Sanliurfa.
2. Terletak kira-kira 75 kilometer dari bandar Sanliurfa di tenggara Turki, manakala jarak di antara Karahantepe dan Gobeklitepe dianggarkan sejauh 35 kilometer.
3. Struktur binaan obelisk dan senibina dalam bentuk bulatan yang sama seperti binaan di Gobeklitepe, juga ditemukan di Karahantepe.
Berdasarkan perbandingan tersebut, binaan sedemikian dikatakan unik kepada komuniti manusia Zaman Neolitik yang tinggal di sekitar wilayah ini.
arkeologi
Artifak berupa motif haiwan yang ditemukan di Karahantepe menggambarkan bahawa komuniti zaman itu mempunyai memori sosial yang seragam. - Foto Astro AWANI/Linda Salim
4. Artifak berupa motif haiwan yang ditemukan di Karahantepe menggambarkan bahawa komuniti zaman itu mempunyai memori sosial yang seragam. Ukiran manusia juga ditemui pada tiang obelisk di Karahantepe.
Motif haiwan dan manusia ini memberi petunjuk kepada ahli penyelidik untuk mengkaji mengenai sistem kepercayaan masyarakat tersebut.
arkeologi
Motif manusia ini memberi petunjuk kepada ahli penyelidik untuk mengkaji sistem kepercayaan masyarakat tersebut. - Foto Linda Salim/Astro AWANI
5. Penemuan artifak barangan domestik kegunaan harian seperti pinggan dan periuk tembikar memberi petunjuk kepada para arkeologi bahawa wujudnya penempatan manusia di Karahantepe.
Artifak
Penemuan artifak barangan domestik kegunaan harian seperti pinggan dan periuk tembikar memberi petunjuk kepada para arkeologi bahawa wujudnya penempatan manusia. - Foto Linda Salim/Astro AWANI
5. Penemuan artifak barangan domestik kegunaan harian seperti pinggan dan periuk tembikar memberi petunjuk kepada ahli arkeologi bahawa wujudnya penempatan manusia di Karahantepe.
Topic Berkaitan
#Karahantepe
#Gobeklitepe
#Sanluirfa
#arkeologi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan