awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

5 rakyat Palestin, termasuk 4 kanak-kanak, terbunuh serangan udara Israel di Jabalia

Bernama
Bernama
22/12/2024
14:30 MYT
5 rakyat Palestin, termasuk 4 kanak-kanak, terbunuh serangan udara Israel di Jabalia
Lima rakyat Palestin, termasuk empat kanak-kanak, terbunuh pada pagi Ahad dalam serangan udara Israel ke atas sebuah rumah kediaman di bandar Jabalia, utara Gaza. - Gambar fail/REUTERS
GAZA: Lima rakyat Palestin, termasuk empat kanak-kanak, terbunuh pada pagi Ahad dalam serangan udara Israel ke atas sebuah rumah kediaman di bandar Jabalia, utara Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Sumber tempatan melaporkan bahawa pasukan pendudukan Israel menyasarkan rumah itu pada awal pagi Ahad, menyebabkan rumah itu runtuh. Mangsa, termasuk seorang ibu dan anak-anaknya, terperangkap di bawah runtuhan.
Walaupun pasukan penyelamat berusaha untuk mengeluarkan mereka, kelima-lima individu disahkan terbunuh.
Pencerobohan Israel yang berterusan ke atas Gaza sejak Oktober 2023 setakat ini telah menyebabkan sekurang-kurangnya 45,227 kematian rakyat Palestin yang didokumenkan, dengan lebih 107,573 yang lain cedera.
Ribuan mangsa dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan, tidak dapat diakses oleh pasukan kecemasan dan pertahanan awam akibat serangan Israel.
Serangan genosid Israel terus berlaku tanpa henti walaupun terdapat gesaan daripada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk gencatan senjata segera dan arahan daripada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mendesak langkah-langkah untuk mencegah pembunuhan beramai-ramai serta meringankan situasi kemanusiaan yang teruk di Gaza.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#rakyat Palestin
#Terbunuh
#serangan Israel
#Jabalia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan