awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

50 maut, 94 cedera dalam letupan bom di majlis perkahwinan

Agensi
Agensi
21/08/2016
01:11 MYT
50 maut, 94 cedera dalam letupan bom di majlis perkahwinan
Mereka yang cedera dibawa terus ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan. -AFP
Kegembiraan pasangan pengantin meraikan hari bahagia bertukar tragedi di Gaziantep, Turki.
Sekurang-kurangnya 50 maut dan 94 lagi cedera dalam serangan bom lewat Sabtu malam pada satu majlis perkahwinan di bandar itu.
Angka itu meningkat daripada jumlah awal sebanyak 22 dan kemudiannya 30 kematian sebelum ini.
Letupan yang berlaku secara tiba tiba menyebabkan beberapa tetamu majlis cedera. Mangsa dibawa ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan.
Jelas gabenor wilayah Gaziantep, Ali Yerlikaya, serangan mungkin didalangi pihak pelampau. Ia berikutan lokasi serangan berhampiran sempadan Syria.
Sementara itu, pemimpin tempatan, Mehmet Erdogan pula melaporkan pengebom bunuh diri bertanggungjawab meletupkan bom tersebut.
Namun, identiti pelaku masih belum diketahui.
Sementara itu, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berkata kumpulan pengganas Daish dipercayai menjadi dalang utama serangan bom yang menyasarkan majlis keramaian yang dihadiri ramai tetamu daripada bangsa Kurdi.
Topic Berkaitan
#Ali Yerlikaya
#Gaziantep
#pasangan pengantin
#Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan