Skip to main content

Politik

Gesaan bubar Parlimen lebih awal tidak wajar, hak prerogatif PM - Mohamad Sabu

Mohamad Sabu menjawab pertanyaan pada sidang media selepas hadir pada Himpunan Semarak Tani Bersama Nelayan Negeri Melaka di Taman Panglima Pak, Merlimau hari ini. - Foto Bernama
Mohamad Sabu menjawab pertanyaan pada sidang media selepas hadir pada Himpunan Semarak Tani Bersama Nelayan Negeri Melaka di Taman Panglima Pak, Merlimau hari ini. - Foto Bernama

Ringkasan AI

  • Mohamad Sabu menegaskan keputusan pembubaran Parlimen adalah hak prerogatif Perdana Menteri dan tidak wajar didesak oleh mana-mana pihak.
  • Kenyataan ini susulan cadangan Ahmad Zahid Hamidi untuk membubarkan Parlimen selepas peletakan jawatan Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
  • Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Najib Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.
Advertisement

MELAKA: Sebarang gesaan supaya Parlimen dibubarkan lebih awal adalah tidak wajar kerana keputusan berhubung perkara itu merupakan hak prerogatif Perdana Menteri, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Ditemui pada Majlis Himpunan Semarak Tani di Merlimau hari ini, beliau berkata sebarang keputusan berkaitan perkara berkenaan sewajarnya diserahkan sepenuhnya kepada pertimbangan Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa gesaan daripada mana-mana pihak.

Mohamad Sabu diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam, yang mencadangkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum (PRU) untuk memberi mandat kepada rakyat memilih pemimpin dikehendaki mereka.

Advertisement

Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditanya mengenai cadangan rombakan Kabinet susulan peletakan jawatan Menteri Pengangkutan Anthony Loke, yang berkuat kuasa serta-merta semalam, selepas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memerintahkan Najib, 73, menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International Sdn Bhd menerusi kaedah tahanan rumah di kediamannya di Langgak Duta, berkuat kuasa serta-merta.

Advertisement

Hakim Datuk Aslam Zainuddin membuat keputusan itu selepas membatalkan perintah yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftaran Jenayah Mahkamah Tinggi pada 6 Nov lepas terhadap Najib.

Perintah baharu itu menyaksikan Najib menjalani hukuman tahanan rumah hingga 23 Ogos 2028 sebelum kembali ke Penjara Kajang pada 24 Ogos tahun sama untuk menjalani hukuman penjara berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement