Kira-kira 51 juta penduduk Mesir layak mengundi dalam proses pungutan suara rangka akhir perlembagaan yang diadakan pada Sabtu.

Bagi melancarkan proses itu, sebanyak 250 ribu anggota keselamat dikerahkan berkawal. Di sebalik bantahan penduduk pengundian itu tetap diadakan dan dibuat dalam dua peringkat.

Bagi penduduk di Kaherah, Iskandariah dan lapan wilayah lagi, mereka akan mengundi pada Sabtu.

Manakala penduduk di kawasan lain akan mengundi minggu depan.

Proses pengundian itu terpaksa dibahagi dua, memandangkan tidak ramai hakim yang dapat memantau pungutan suara tersebut.

Ini kerana sebahagian besar hakim sedang melancarakan mogok kerana membantah rangka perlembagaan itu yang didakwa disiapkan dalam masa yang singkat.