awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah

Bernama
Bernama
26/11/2024
21:30 MYT
31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah
Pelancong meneruskan aktiviti lawatan berhampiran kapal layar yang berlabuh di marina di pusat peranginan di Hurghada, selepas bot pelancong karam di pantai Laut Merah, Mesir, 25 Nov 2024. REUTERS
KAHERAH: Pihak berkuasa Mesir berkata pada Selasa bahawa empat mayat telah ditemukan dan 31 orang diselamatkan selepas sebuah bot pelancong karam di pantai Laut Merah negara itu.
Bot berkenaan membawa 44 orang, termasuk 31 warga asing dalam satu pelayaran untuk aktiviti menyelam apabila ia karam berhampiran bandar pesisir pantai Marsa Alam pada awal pagi Isnin, lapor Agensi Anadolu.
Pihak berkuasa tempatan menerima isyarat kecemasan daripada bot berkenaan pada pukul 5.30 pagi waktu tempatan semasa pelayaran untuk menyelam.
"Sebanyak 31 orang telah diselamatkan setakat ini dan empat mayat ditemukan," kata Gabenor Laut Merah, Amr Hanafi, dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan kewarganegaraan mangsa yang mayat mereka ditemukan.
Gabenor itu berkata tiga orang diselamatkan pada Selasa, termasuk dua warga Belgium.
"Usaha masih diteruskan untuk mencari sembilan lagi yang hilang," katanya.
Menurut gabenor, 31 warga asing dari Amerika Syarikat, Jerman, United Kingdom, Poland, Belgium, Switzerland, Finland, China, Slovakia, Sepanyol, dan Ireland berada di atas bot itu semasa ia karam.
Beliau berkata siasatan sedang dijalankan bagi menentukan punca kemalangan itu.
Laut Merah adalah destinasi menyelam popular bagi pelancong di Mesir kerana terumbu karang dan kehidupan marinnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bot pelancong karam
#Mesir
#Laut Merah
#menyelam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan