awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia sertai Persidangan Kaherah Peringkat Menteri berhubung krisis Gaza

Bernama
Bernama
01/12/2024
01:10 MYT
Malaysia sertai Persidangan Kaherah Peringkat Menteri berhubung krisis Gaza
Mohamad mengadakan Mesyuarat Pre-Council dengan pegawai-pegawai Kedutaan Besar Malaysia dan Kementerian Luar membincangkan mengenai penyertaan ke Persidangan Kaherah Peringkat Menteri untuk Mempertingkatkan Respons Kemanusiaan di Gaza. - Facebook
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Mohamad Alamin akan mewakili Malaysia dalam Persidangan Kaherah Peringkat Menteri untuk Mempertingkatkan Respons Kemanusiaan di Gaza "Setahun Selepas Bencana Kemanusiaan di Gaza: Keperluan Yang Mendesak, Penyelesaian Berkekalan", yang dijadual berlangsung pada 2 Dis di Kaherah, Mesir.
Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan bahawa persidangan itu dianjurkan secara bersama oleh Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres.
Ia akan menghimpunkan negara-negara anggota PBB, wakil-wakil agensi di bawah naungan PBB, organisasi serantau dan antarabangsa serta pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat sivil bagi menangani krisis kemanusiaan di Gaza akibat operasi ketenteraan rejim Zionis Israel yang berterusan.
"Timbalan Menteri Luar Negeri akan menzahirkan kenyataan Malaysia dengan penekanan ke atas keperluan mendesak untuk tindakan global yang tegas, tumpuan kepada akses bantuan kemanusiaan, gesaan gencatan senjata yang segera dan kekal serta sokongan usaha damai yang mengiktiraf Palestin sebagai sebuah Negara berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.
"Pada masa yang sama, beliau juga akan menzahirkan sokongan dan sumbangan berterusan Malaysia terhadap perjuangan Palestin," menurut kenyataan itu.
Kementerian menegaskan bahawa penyertaan Malaysia ke persidangan terbabit menegaskan komitmen negara yang teguh terhadap perjuangan Palestin dan usaha Malaysia untuk bekerjasama dengan negara-negara yang sehaluan dalam memperjuangkan keamanan yang berpanjangan di Timur Tengah yang seterusnya melangkaui rantau itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#Mohamad Alamin
#Persidangan Kaherah Peringkat Menteri
#Mesir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan