awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia hargai usaha Mesir sokong negara sebagai rakan BRICS

Bernama
Bernama
10/11/2024
23:50 MYT
Malaysia hargai usaha Mesir sokong negara sebagai rakan BRICS
Anwar mengadakan kunjungan hormat ke atas Abdel Fattah di Istana Al-Ittihadiya (Heliopolis) di Kaherah pada Ahad. - Foto X Anwar
KUALA LUMPUR: Malaysia menghargai usaha Mesir dalam menyokong penyertaan negara sebagai rakan kerjasama dalam BRICS, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi di Istana Al-Ittihadiya (Heliopolis) di Kaherah, Mesir, pada Ahad berkata selain BRICS, pertemuan beliau dengan Abdel Fattah turut menyentuh pelbagai perkara dalam usaha memperkukuh hubungan strategik kedua-dua negara.
"Hubungan ini meliputi soal kerjasama dalam bidang pelaburan dan perdagangan, minyak sawit, industri halal, pendidikan, pelancongan, kesihatan serta sumber asli dan tenaga boleh baharu.
"Perbincangan kami turut menyentuh soal BRICS dan Malaysia menghargai usaha Mesir dalam menyokong penyertaan negara sebagai rakan kerjasama," kata beliau dalam hantaran di laman X pada Ahad.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan kini dalam rangka lawatan rasmi selama empat hari ke Mesir.
Mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi di Istana Al-Ittihadiya (Heliopolis) di Kaherah. Pertemuan saya bersama Presiden El-Sisi menyentuh pelbagai perkara dalam usaha memperkukuh hubungan strategik kedua-dua negara. Hubungan ini meliputi soal pic.twitter.com/W0mGhXeSJk
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) November 10, 2024
Pada 24 Okt lepas, Malaysia diiktiraf sebagai rakan BRICS berserta 12 negara lain iaitu Algeria, Belarus, Bolivia, Cuba, Indonesia, Kazakhstan, Nigeria, Thailand, Turki, Uganda, Uzbekistan dan Vietnam.
Anwar mengesahkan hasrat Malaysia untuk menyertai BRICS semasa perbincangan dengan Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva pada 18 Jun tahun ini.
BRICS, asalnya merangkumi Brazil, Rusia, India dan China ditubuhkan pada 2009 sebagai platform kerjasama untuk ekonomi yang sedang pesat membangun.
Afrika Selatan menyertainya pada 2010. Blok itu kemudiannya berkembang dengan meliputi Iran, Mesir, Ethiopia dan Emiriah Arab Bersatu.
BRICS mewakili kira-kira 40 peratus daripada populasi global dan menyumbang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terkumpul US$26.6 trilion atau 26.2 peratus kepada KDNK dunia, hampir menyamai kekukuhan ekonomi Kumpulan Tujuh (G7).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#BRICS
#Mesir
#lawatan rasmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan