DUNIA
52 maut, 26 cedera kilang terbakar di Bangladesh

Kebakaran melibatkan bangunan kilang lima tingkat Hashem Foods Ltd di Rupganj, pinggir bandar Dhaka. (Foto AP)
SEKURANG-kurangnya 52 orang maut dalam kebakaran yang berlaku di sebuah kilang makanan dan minuman di Bangladesh, pada Jumaat.
Kebakaran melibatkan bangunan kilang lima tingkat Hashem Foods Ltd yang terletak di Rupganj, pinggir bandar Dhaka.
Polis pada awalnya menyatakan, hanya tiga individu maut, namun kemudian menemui timbunan mayat selepas api dipadamkan.
Penolong Pengarah Perkhidmatan Bomba Dan Pertahanan Awam, Mohammed Abdul Momen berkata, pasukan mencari dan menyelamat masih berada di tempat kejadian untuk mencari saki-baki mangsa di dua tingkat teratas.
Katanya, jalan keluar utama dari kilang berkenaan terkunci dari dalam, menjadi punca ramai yang maut akibat terperangkap.
Sementara itu, seramai 26 pekerja mengalami kecederaan apabila terpaksa melompat dari tingkat atas kilang untuk menyelamatkan diri.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami