awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut kenakan tarif baharu terhadap negara yang tidak sokong rancangan beliau ambil alih Greenland
Machado yakin bakal jadi Presiden Venezuela "apabila tiba masanya"
Ahmad Zahid, beberapa menteri ajak umat Islam hayati peristiwa Israk Mikraj
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

55 juta penduduk Afrika Barat, Tengah berisiko kebuluran teruk pada 2026 - PBB

Bernama
Bernama
16/01/2026
21:30 MYT
55 juta penduduk Afrika Barat, Tengah berisiko kebuluran teruk pada 2026 - PBB
Kira-kira 13 juta kanak-kanak di seluruh rantau itu berisiko pada 2026, sekali gus menekankan keperluan untuk mengutamakan program pemakanan. - Foto REUTERS
GENEVA: Kira-kira 55 juta penduduk di Afrika Barat dan Afrika Tengah dijangka berdepan ketidaktentuan makanan akut semasa musim lapar antara Jun hingga Ogos 2026, agensi makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran pada Jumaat, memetik analisis keselamatan makanan serantau terkini, lapor Anadolu Ajansi.
Pengarah Analisis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Program Makanan Dunia (WFP) Jean Martin Bauer bercakap kepada wartawan di Geneva yang angka itu merangkumi individu yang diklasifikasikan berada dalam keadaan krisis, kecemasan atau bencana mengikut skala keselamatan makanan serantau.
Bauer berkata kira-kira tiga juta orang dijangka berdepan keadaan kecemasan, iaitu dua kali ganda berbanding paras yang direkodkan pada 2020.
Buat pertama kali dalam tempoh sedekad, beberapa kawasan di timur laut Nigeria, khususnya di Negeri Borno, dijangka menyaksikan penduduk berada dalam tahap bencana ketidaktentuan makanan, katanya.
"Ini adalah kumpulan yang hanya selangkah lagi ke arah kebuluran," katanya, sambil menjelaskan yang dianggarkan 15,000 orang di kawasan tertentu di Borno terjejas. Beliau memberi amaran yang kadar kematian di kawasan itu adalah "jauh melebihi paras normal" dan menyatakan secara terus terang yang "ramai orang sedang kebuluran."
Walaupun musim hujan terakhir agak membantu, Bauer menegaskan yang krisis itu bukan didorong oleh faktor iklim, sebaliknya berpunca daripada keganasan dan pengurangan besar dalam pembiayaan bantuan kemanusiaan.
Beliau berkata WFP terpaksa menghentikan bantuan kepada kira-kira 300,000 kanak-kanak di Nigeria dan mungkin mengurangkan bantuan kepada setengah juta penduduk di Cameroon akibat kekurangan sumber.
Bauer berkata kira-kira 13 juta kanak-kanak di seluruh rantau itu berisiko pada 2026, sekali gus menekankan keperluan untuk mengutamakan program pemakanan.
WFP menganggarkan ia memerlukan AS$453 juta dalam tempoh enam bulan akan datang bagi mengekalkan bantuan penting dan mencegah kemerosotan lanjut dalam tahap pengambilan makanan serta penunjuk pemakanan kanak-kanak.
--BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Afrika Barat
#kebuluran
#WFP
#Keselamatan makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan