LEBIH 6.57 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini.

Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 2.228 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India sebanyak 971 juta dos manakala Amerika Syarikat dengan lebih 402 juta dos vaksin.

Brazil catat lebih 250 juta dos sementara Jepun melebihi 177 juta.

Manakala Turki, Jerman dan Mexico catat angka melepasi 100 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia jauh di hadapan negara lain dengan 165 juta dos.

Ini diikuti Thailand melebihi 62 juta manakala Filipina 50 juta dan Malaysia melebihi 46 juta.

Singapura dengan lebih 9 juta dos vaksin.