awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

6 hospital di Gaza terpaksa ditutup akibat kekurangan bahan api - WHO

Agensi
Agensi
24/10/2023
22:45 MYT
6 hospital di Gaza terpaksa ditutup akibat kekurangan bahan api - WHO
Israel terus melancarkan serangan udara ke Gaza pada Selasa. - Gambar REUTERS
GAZA: Sekurang-kurangnya enam buah hospital di Gaza terpaksa ditutup akibat kekurangan bahan api, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa.
Jumlah ini merupakan tambahan kepada hospital-hospital yang terpaksa ditutup kerana rosak akibat serangan udara, kata WHO dalam kenyataan yang dikeluarkan.
"Melainkan bahan api penting dan bekalan kesihatan tambahan segera dihantar ke Gaza, ribuan pesakit rentan berisiko kematian atau berhadapan komplikasi apabila perkhidmatan kritikal ditutup akibat kekurangan bekalan kuasa," kata WHO lagi.
Terdapat sejumlah pesakit rentan termasuk sekitar 1,000 orang bergantung kepada dialisis dan sekurang-kurangnya 130 bayi pramatang, kata organisasi itu dalam kenyataannya.
Sementara pesakit lain yang sedang menjalai rawatan intensif serta mereka yang perlu dibedah juga "bergantung kepada bekalan elektrik yang stabil dan tidak terputus untuk terus hidup," tambah WHO.
Dalam masa sama, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) juga menekankan keperluan segera bagi bekalan bahan api dibenarkan masuk ke Gaza dan menyokong WHO dalam menyeru gencatan senjata segera.
"Bahan bakar sangat penting untuk operasi kemudahan asas seperti hospital, loji penyahgaraman dan pam air," kata UNICEF dalam kenyataannya.
"Unit penjagaan intensif neonatal menempatkan lebih dari 100 bayi baru lahir, sesetengah daripada mereka dalam inkubator dan bergantung kepada pengudaraan mekanikal, menjadikan bekalan kuasa yang tidak terputus satu perkara tentang hidup dan mati," tambahnya. - Agensi
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#hospital terpaksa ditutup
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#UNICEF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan