Skip to main content

Dunia

6,700 etnik Rohingya terbunuh dalam sebulan

71513289388_950x600.jpg
Sekurang-kurangnya 6,700 etnik Rohingya terbunuh dalam tempoh sebulan pertama operasi ketenteraan di Rakhine, Myanmar sejak 25 Ogos lalu.

Angka itu diperoleh berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pertubuhan kemanusiaan antarabangsa 'Doctors Without Borders' (MSF) yang mendedahkan sekurang-kurangnya 6,700 orang termasuk 730 kanak-kanak menjadi korban mangsa konflik keganasan di wilayah bergolak itu.

Menurut laporan yang dikeluarkan MSF itu juga, sekurang-kurangnya 2,700 yang lain meninggal dunia akibat penyakit dan masalah malnutrisi dalam tempoh berkenaan.

Ia menjadikan jumlah mangsa korban keseluruhannya mencecah lebih 9,000 orang dalam tempoh kajian tersebut dilakukan dari 25 Ogos hingga 25 September.


Advertisement

Must Watch Video