awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

69 peratus kanak-kanak di Gaza terima vaksin polio - Kementerian Kesihatan Palestin

Bernama
Bernama
08/09/2024
12:42 MYT
69 peratus kanak-kanak di Gaza terima vaksin polio - Kementerian Kesihatan Palestin
Pencapaian ini dicapai dalam tempoh tujuh hari selepas melancarkan fasa pertama kempen pemvaksinan polio. - Reuters
RAMALLAH: Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan pada Ahad bahawa 69 peratus kanak-kanak di Gaza, berumur hingga 10 tahun telah menerima dos pertama vaksin polio, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin ( WAFA).
Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata pencapaian ini dicapai dalam tempoh tujuh hari selepas melancarkan fasa pertama kempen pemvaksinan polio.
Kempen yang sedang berlangsung di Deir al-Balah dan Khan Younis, serta kawasan sekitarnya, setakat ini telah memberikan vaksin kepada 441,647 kanak-kanak, setakat petang Sabtu. Ini termasuk 49 peratus perempuan dan 51 peratus lelaki.
Kementerian itu berkata fasa pertama kempen pemvaksinan akan diteruskan di Gaza dan Gaza Utara.
Pasukan kesihatan daripada Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dan Tabung Darurat Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), tabah melaksanakan pemvaksinan biarpun menghadapi serangan berterusan Israel dan cabaran keselamatan pergerakan antara pusat-pusat pemvaksinan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#vaksin
#polio
#Kanak-kanak
#Palestin
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan