JUMLAH dos vaksin COVID-19 yang didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini melebihi 7.36 bilion.

Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 2.42 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India dengan lebih 1 bilion dos, manakala Amerika Syarikat dengan lebih 446 juta dos vaksin.

Jepun mencatat lebih 295 juta dos didaftarkan, sementara Turki  melebihi 119 juta.

Jerman, Mexico dan Perancis mencatat angka melepasi 100 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia jauh di hadapan negara lain dengan 222 juta dos sudah didaftarkan.

Ini diikuti Thailand dengan lebih 88 juta, manakala Filipina 73 juta dan Malaysia melebihi 51 juta.

Singapura sudah melebihi 10 juta dos vaksin didaftarkan.