awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

7 maut dalam insiden tembakan di AS, suspek bersenjata diburu

Bernama
Bernama
23/01/2024
12:51 MYT
7 maut dalam insiden tembakan di AS, suspek bersenjata diburu
Polis Illinois di Amerika Syarikat (AS) sedang mengesan seorang suspek yang dipercayai menembak mati tujuh individu di dua buah rumah di bandar Joliet pada Isnin. - Foto AP
CHICAGO, Illinois: Polis Illinois di Amerika Syarikat (AS) sedang mengesan seorang suspek yang dipercayai menembak mati tujuh individu di dua buah rumah di bandar Joliet pada Isnin, lapor Agensi Berita tca/dpa.
Menurut polis suspek Romeo Nance yang disyaki memandu sebuah kereta Toyota Camry berwarna merah memiliki senjata api dan dianggap berbahaya.
Polis Joliet berkata suspek berusia 23 tahun itu berketinggian 188 sentimeter dan berat 72 kilogram.
Menurut polis mayat mangsa ditemukan di rumah di blok 2200 West Acres Road.
Pihak berkuasa kemudian menutup laluan Madison Street dan penutupan itu dijangka berlarutan selama beberapa jam.
Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai suspek boleh menghubungi Jabatan Polis Joliet atau agensi penguatkuasaan tempatan berhampiran.
Sementara itu, ketua polis Joliet Bill Evans mengesahkan kematian tujuh mangsa berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#insiden tembakan
#Amerika Syarikat
#Chicago
#Romeo Nance
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan