awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OIC, negara Islam kecam pelanggaran gencatan senjata oleh Israel di Gaza
MAIPs salur sumbangan RM150,000 bantu mangsa banjir di Aceh
Anwar harap Zoo Johor terus diperkasakan sebagai pusat rekreasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

7 rakyat Palestin maut dalam serangan dron Israel di Gaza

Bernama
Bernama
17/08/2025
08:48 MYT
7 rakyat Palestin maut dalam serangan dron Israel di Gaza
Menurut saksi, serangan itu menyasarkan sekumpulan orang awam yang sedang berkumpul di halaman Hospital Al-Ahli Baptist. -Gambar fail/Reuters
ANKARA: Sekurang-kurangnya tujuh rakyat Palestin terbunuh manakala beberapa yang lain cedera pada Ahad selepas tentera Israel melancarkan serangan dron di Bandaraya Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik sumber perubatan.

Ringkasan AI
  • Serangan dron Israel di halaman Hospital Al-Ahli Baptist di Gaza membunuh sekurang-kurangnya tujuh rakyat Palestin dan mencederakan beberapa yang lain.
  • Sejak Oktober 2023, hampir 61,900 rakyat Palestin terbunuh akibat kempen ketenteraan Israel yang memusnahkan Gaza dan menyebabkan krisis kebuluran.
  • Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa sedang mengambil tindakan undang-undang terhadap pemimpin Israel atas jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan, dan dakwaan genosid.

Menurut saksi, serangan itu menyasarkan sekumpulan orang awam yang sedang berkumpul di halaman Hospital Al-Ahli Baptist.
Israel telah membunuh hampir 61,900 rakyat Palestin di Gaza sejak Oktober 2023. Kempen ketenteraan itu telah memusnahkan wilayah berkenaan dan menyebabkannya di ambang kebuluran.
November lepas, Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya Yoav Gallant atas jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.
Israel juga berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa berhubung serangannya ke atas wilayah itu.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Gaza
#Palestin
#serangan dron Israel
#Hospital Al-Ahli Baptist
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami