awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga reda terima berita kematian Nadia Kesuma
Serpihan dipercayai pesawat ATR 42‑500 hilang ditemui di Bukit Bulusaraung
Edits perkenal fungsi tambah pautan dalaman pada Reels
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

800,000 orang terjejas oleh pembatalan perkhidmatan kereta api - SCNF

Bernama
Bernama
26/07/2024
11:17 MYT
800,000 orang terjejas oleh pembatalan perkhidmatan kereta api - SCNF
Beberapa perkhidmatan kereta api Eurostar ke Paris telah dibatalkan dan beberapa lagi dilencongkan disebabkan perbuatan khianat itu. - AP
PARIS: Seramai 800,000 orang terjejas akibat pembatalan perkhidmatan kereta api berikutan serangan ke atas rangkaian rel kereta api berkelajuan tinggi, lapor DPA memetik syarikat kereta api Perancis SNCF.
SNCF pada Jumaat berkata, kesan pembatalan itu akan dirasai sepanjang hujung minggu ini.
Menteri Pengangkutan Patrice Vergriete mengumumkan bahawa setiap kereta api kedua ke timur dan utara serta setiap kereta api berkelajuan tinggi keempat ke arah Bordeaux terjejas.
Jurucakap polis Paris Laurent Nunez dalam kenyataan di laman sesawang penyiar FranceInfo memaklumkan langkah keselamatan sedang ditingkatkan dengan pasukannya menumpukan perhatian di stesen Paris.
Beberapa jam sebelum upacara pembukaan Sukan Olimpik di Paris, individu tidak dikenali melakukan serangan khianat menggunakan api ke atas beberapa kemudahan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi Perancis.
Beberapa perkhidmatan kereta api Eurostar ke Paris telah dibatalkan dan beberapa lagi dilencongkan disebabkan perbuatan khianat itu.
Pengendali kereta api itu pada Jumaat mengesahkan perkhidmatan kereta api mereka akan mengalami kelewatan kerana masalah berterusan di Perancis, lapor Agensi Berita PA.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#serangan
#perkhidmatan kereta api
#Perancis
#scnf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan