awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

87,000 penduduk akan dipindahkan susulan letusan gunung berapi di Filipina

Bernama
Bernama
09/12/2024
22:45 MYT
87,000 penduduk akan dipindahkan susulan letusan gunung berapi di Filipina
Pejabat Pertahanan Awam Filipina memaklumkan pada Isnin, proses pemindahan segera kira-kira 87,000 penduduk sedang dijalankan susulan letusan Gunung Berapi Kanlaon. - Gambar AP
MANILA: Pejabat Pertahanan Awam Filipina memaklumkan pada Isnin, proses pemindahan segera kira-kira 87,000 penduduk sedang dijalankan susulan letusan Gunung Berapi Kanlaon, lapor Xinhua.
Gunung berapi yang terletak di Filipina tengah itu meletus pada petang Isnin, memuntahkan "voluminous plume" yang menjulang setinggi 3,000 meter dari kawah, menurut Institut "Volcanologi" dan Seismologi Filipina (PHIVOLCS).
Institut itu telah menaikkan tahap amaran kepada tiga daripada skala lima, memberi amaran bahawa "letusan penceraian magma telah bermula dan mungkin berkembang menjadi letusan lebih besar."
Penduduk yang tinggal dalam radius enam kilometer dari puncak gunung berapi itu disarankan supaya berpindah segera, menurut institut itu, sambil menambah bahawa orang awam "perlu bersedia untuk pemindahan tambahan jika keadaan memerlukan."
Abu hitam daripada letusan itu menyelubungi beberapa perkampungan sekitar gunung berapi berkenaan, seperti yang ditunjukkan dalam rakaman televisyen.
Media tempatan melaporkan pihak berkuasa sedang bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan terburuk sekiranya tahap amaran dinaikkan ke tahap empat, yang akan memerlukan pemindahan lebih ramai penduduk.
Beberapa jam sebelum letusan besar itu, ahli "vulcanologi" merekodkan enam gempa bumi lahar serta pelepasan abu selama 16 minit.
Gunung Berapi Kanlaon kali terakhir meletus pada Jun tahun ini.
Gunung berapi itu, yang merentasi Wilayah Negros Oriental dan Negros Occidental di Pulau Negros, merupakan satu daripada gunung berapi paling aktif di Filipina. - BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#gunung berapi meletus
#Gunung Berapi Kanlaon
#Filipina
#penduduk dipindahkan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan