awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

87kg 'ice' dirampas dari rumah sewa lelaki P.Pinang di Hatyai

Bernama
Bernama
01/02/2017
23:35 MYT
87kg 'ice' dirampas dari rumah sewa lelaki P.Pinang di Hatyai
Polis Thailand berjaya merampas 87 kilogram dadah jenis "Ice" dari sebuah rumah di Hatyai yang disewa seorang lelaki berasal dari Pulau Pinang pada 26 Januari lalu. - Foto Bernama
Pihak berkuasa Thai menumpaskan satu lagi sindiket penyeludupan dadah berikutan rampasan 87kg 'ice' dari rumah sewa seorang lelaki berasal dari Pulau Pinang di Hatyai pada 26 Jan.
Timbalan Ketua Polis Thailand Jen Chalermkiat Sriworakhan berkata rumah itu terletak di Chayanant Village Phase Two, Tambon Kuanlong di Hatyai.
"Dadah itu dijumpai disembunyikan di bawah sofa di dalam rumah itu. Lelaki dari Pulau Pinang itu melarikan diri sejurus sebelum pihak berkuasa mengadakan serbuan di rumah berkenaan," katanya pada sidang akhbar di Narcotics Suppression Bureau (NSB), di sini pada Rabu.
"Ice adalah satu bentuk methamphetamine yang paling tulen dan kuat, dan dihasilkan dalam bentuk serbuk atau kristal.
Selain 'ice', Chalermkiat berkata polis turut menjumpai 24.10gm marijuana di rumah sewa itu, di samping sebuah kereta Toyota Camry yang didaftarkan di Malaysia dengan nombor plat Pulau Pinang.
Beliau berkata pihak berkuasa percaya lelaki terbabit menggunakan rumah itu sebagai tempat persinggahan, sebelum menghantar dadah itu ke destinasi lain yang tidak dinyatakannya.
Sementara itu, seorang pegawai polis Thai memberitahu Bernama pihak berkuasa turut menjumpai pasport lelaki itu di rumah sewa berkenaan. -- Bernama
Topic Berkaitan
#dadah 'ice'
#en Chalermkiat Sriworakhan
#polis Hatyai rampas dadah
#Timbalan Ketua Polis Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan