MANILA: Sekurang-kurangnya sembilan maut dan 11 yang lain hilang akibat ribut tropika Kompasu yang menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh di Filipina, menurut kerajaan pada Selasa, lapor Xinhua.
Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Nasional mengatakan mangsa yang maut adalah penduduk wilayah utara Filipina dan Palawan, sebuah pulau yang terletak di luar pulau Luzon. Dua yang lain turut cedera, tambahnya.
Agensi itu mengatakan ribut berkenaan mengakibatkan banjir di 15 kawasan dan tanah runtuh di empat wilayah, menjejaskan jalan raya dan jambatan.
Lebih 1,600 penduduk di sekurang-kurangnya tiga wilayah di pulau Luzon terpaksa dipindahkan.
Pentadbiran Perkhidmatan Atmosfera, Geofizik dan Astronomi Filipina mengatakan ribut itu dikesan 315 km di sebelah barat daerah Cagayan di timur laut pulau Luzon, pada pukul 10 pagi waktu tempatan.
Biro itu mengatakan ribut berkenaan bergerak ke arah barat, barat laut dengan kelajuan 20 km per jam, dengan angin bertiup kencang 100 km hingga 125 km per jam.
Ia memberi amaran hujan lebat hingga sangat lebat dijangka berlaku di utara Filipina, seterusnya mengakibatkan banjir kilat dan tanah runtuh.
Taufan dan ribut tropika kerap melanda Filipina, meragut ratusan nyawa dan menyebabkan kerugian berbilion-bilion dolar.
Terletak di Lingkaran Gunung Berapi Pasifik, Filipina adalah antara negara yang paling kerap dilanda bencana, termasuk gunung berapi aktif, gempa bumi yang kerap berlaku, dan purata 20 taufan setahun, menyebabkan banjir dan tanah runtuh.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 12 2021
Sekurang-kurangnya sembilan maut dan 11 yang lain hilang akibat ribut tropika Kompasu yang menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh di Filipina. - Foto REUTERS
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Flysiswa | 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
10 Berita Pilihan - (12 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
AWANI Tonight 12 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Climate Policy — What's Next for Malaysia in 2025
Following the conclusion of COP29 in Baku, the global climate conversation shifts once again to action—or the lack of it. What lessons can we draw from those global negotiations? And might they shape Malaysia’s ASEAN chairmanship in 2025? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Nik Nazmi Nik Ahmad, Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability. His new book is titled ‘Saving the Planet: Climate and Environmental Lessons from Malaysia and Beyond’.
AWANI 7:45 [12/12/2024] - Perbahasan Ahli Parlimen | Kontroversi Pulau Batu Puteh | Masa depan negara | Hujan berterusan tahap waspada
Kontroversi Pulau Batu Puteh, Dewan Rakyat bahas laporan Suruhanjaya Di Raja.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
AWANI Tonight: PM launches National AI Office
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim launches the national artificial intelligence office today, with the aim to position Malaysia as a regional AI hub.
9 maut, 11 hilang akibat ribut tropika di Filipina
Sekurang-kurangnya sembilan maut dan 11 yang lain hilang akibat ribut tropika Kompasu yang menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh di Filipina, menurut kerajaan pada Selasa, lapor Xinhua.