awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

9 termasuk tiga kanak-kanak maut kebakaran pasar borong di Mexico

Bernama
Bernama
11/07/2023
06:46 MYT
9 termasuk tiga kanak-kanak maut kebakaran pasar borong di Mexico
Berdasarkan ancaman dan serangan yang dilaporkan sebelum ini menyasarkan tapak itu, kebakaran tersebut boleh dikaitkan dengan konflik dalaman untuk pemilikan perniagaan. - Gambar hiasan
MEXICO CITY: Sekurang-kurangnya sembilan orang maut manakala seorang cedera dalam kebakaran di pusat pengedaran makanan borong di Toluca, ibu negeri Mexico, menurut pihak berkuasa tempatan pada Isnin.
Pejabat Peguam Negara negeri Mexico memaklumkan bahawa kebakaran pada awal Isnin itu telah menjejaskan beberapa perniagaan yang "terletak di dalam gudang komersial NO 7".
Laporan awal menunjukkan, beberapa suspek membawa senjata memasuki kawasan tersebut dan disyaki meletupkan dan menyembur bahan yang belum dikenal pasti untuk menyebabkan kebakaran sebelum melarikan diri dengan kenderaan, menurut kenyataan pejabat pendakwa raya, lapor Xinhua.
Berdasarkan ancaman dan serangan yang dilaporkan sebelum ini menyasarkan tapak itu, kebakaran tersebut boleh dikaitkan dengan konflik dalaman untuk pemilikan perniagaan.
Pakar forensik telah mengenal pasti mayat termasuk tiga kanak-kanak.
Kira-kira 40,000 orang bekerja di pusat pengedaran seluas 630,000 meter persegi yang dibina pada 1994 itu dan menempatkan kira-kira 2,000 gudang serta perniagaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pusat pengedaran makanan borong
#Mexico
#Toluca
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan