awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM

Bernama
Bernama
22/02/2025
07:00 MYT
90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
IOM mendedahkan bahawa kira-kira 90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza telah musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal. -Gambar fail/Reuters
GAZA: Pertubuhan Antarabangsa Untuk Migrasi (IOM) mendedahkan bahawa kira-kira 90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza telah musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).

Ringkasan AI
  • Pertubuhan Antarabangsa Untuk Migrasi (IOM) mendedahkan bahawa kira-kira 90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza telah musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
  • IOM, dengan penyelarasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan rakan kemanusiaannya, sedang mempergiat usaha untuk menyediakan bantuan tempat perlindungan kecemasan, termasuk bekalan air, alatan kebersihan, dan barangan bukan makanan.
  • Rakyat Gaza pulang ke rumah hanya untuk mendapati kediaman mereka telah menjadi runtuhan, terpaksa bertahan dalam kesejukan dan hujan dengan sedikit atau tiada tempat perlindungan.

Kenyataan itu dikeluarkan pada Jumaat susulan lawatan Ketua Pengarah IOM Amy Pope dan Penyelaras Kemanusiaan bagi Wilayah Palestin yang Diduduki, Muhannad Hadi.
IOM menegaskan bahawa pihaknya dengan penyelarasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan rakan kemanusiaannya, sedang mempergiat usaha untuk menyediakan bantuan tempat perlindungan kecemasan.
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza, menurut kenyataan itu.
"Rakyat Gaza pulang ke rumah hanya untuk mendapati kediaman mereka telah menjadi runtuhan. Mereka kini terpaksa bertahan dalam kesejukan dan hujan dengan sedikit atau tiada tempat perlindungan," tegas IOM dalam satu hantaran di platform X.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#Pertubuhan Antarabangsa Untuk Migrasi
#Muhannad Hadi
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan