awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

90,000 kamera CCTV dipasang di Kabul, Afghanistan

Bernama
Bernama
14/07/2024
12:34 MYT
90,000 kamera CCTV dipasang di Kabul, Afghanistan
Kira-kira 90,000 kamera CCTV telah dipasang di kawasan sensitif, tempat sesak, dataran dan persimpangan jalan di Kabul. - Astro AWANI
KABUL: Sekitar 90,000 kamera litar tertutup (CCTV) telah dipasang di beberapa bahagian di ibu negara Afghanistan, Kabul, bagi memastikan keselamatan dan memantau aktiviti jenayah, kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Abdul Matin Qani, lapor Xinhua.
TV tempatan TOLOnews yang memetik kenyataan pegawai itu pada Sabtu malam melaporkan bahawa kira-kira 90,000 kamera CCTV telah dipasang di kawasan sensitif, tempat sesak, dataran dan persimpangan jalan di Kabul, sebuah bandar yang mempunyai enam juta penduduk, untuk memantau insiden dan aktiviti jenayah.
Menurut pegawai itu, rancangan kerajaan sementara Afghanistan adalah untuk memasang sistem pengawasan video di semua wilayah dan bandar di seluruh negara yang dilanda peperangan itu dalam tempoh empat tahun akan datang.
Selain Kabul, kamera telah dipasang di pintu keluar dan masuk Charikar, ibu kota wilayah Parwan di utara, 55km utara Kabul.
Aktiviti jenayah, termasuk kecurian, rompakan, pembunuhan dan penculikan telah berkurangan secara drastik di Kabul dan bandar-bandar lain, menurut pegawai itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kamera keselamatan
#CCTV
#Kabul
#Afghanistan
#jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan