Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Dewan Batu 5 dibuka sebagai transit tempatkan lapan mangsa banjir kilat di Kangar

Dewan Batu 5 di Kangar dibuka sebagai transit bagi menempatkan lapan mangsa daripada tiga keluarga yang terjejas akibat banjir kilat di Kampung Telok, awal pagi tadi. - Foto APM Perlis
Dewan Batu 5 di Kangar dibuka sebagai transit bagi menempatkan lapan mangsa daripada tiga keluarga yang terjejas akibat banjir kilat di Kampung Telok, awal pagi tadi. - Foto APM Perlis

Advertisement

KANGAR: Dewan Batu 5, di sini dibuka sebagai transit bagi menempatkan lapan mangsa daripada tiga keluarga yang terjejas akibat banjir kilat yang berlaku di Kampung Telok, awal pagi tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis Lt Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata dewan itu dibuka pada 1.50 pagi dan belum diisytiharkan secara rasmi sebagai pusat pemindahan sementara (PPS), setakat 11 pagi ini.

“Dewan itu dibuka hanya untuk transit bagi mangsa banjir kilat ini, dan pihak APM akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa. Jika situasi banjir dinilai semakin teruk, PPS akan dibuka secara rasmi,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Setakat ini, kawasan di sekitar Kangar mengalami hujan renyai.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement