KHAN YOUNIS: Unit kereta kebal dan jet pejuang Israel melancarkan serangan baharu ke atas penduduk Palestin yang kelaparan di selatan Semenanjung Gaza berikutan aliran bantuan terhenti akibat kempen pengeboman yang ganas dan berlarutan selama lebih dua bulan.
Krisis tersebut semakin meruncing di seluruh wilayah terkepung itu setelah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kira-kira 91 peratus daripada kira-kira 2.3 juta populasi di Gaza kini berdepan krisis kebuluran manakala 63 peratus terpaksa berlapar sepanjang hari.
Warga emas dikenali sebagai Tawfik Abu Breika berkata, blok kediamannya di Khan Younis dibedil tanpa sebarang amaran pada Selasa.
“Hati nurani masyarakat dunia sudah mati, tiada lagi rasa belas kasihan atau nilai kemanusiaan dan moral.
"Ini adalah bulan ketiga kami seoalah-olah sedang menunggu kematian akibat kempen pembersihan etnik dan kemusnahan secara total di Semenanjung Gaza,” katanya dalam nada kesal.
Di bahagian paling selatan di Rafah yang bersempadan dengan Mesir turut menjadi sasaran bedilan rejim Zionis sedangkan kawasan itu telah diisytiharkan sebagai ‘zon selamat’ pada peta perpindahan penduduk.
“Pada waktu malam kami tidak dapat tidur kerana gegak-gempita bunyi serangan.
"Pada waktu siang, kami merayau-rayau di kawasan sekitar untuk mencari makanan buat anak kami. Tetapi, kini tiada lagi makanan,” ujar bapa kepada enam anak, Abu Khalil, 40.
Selain menghadapi kempen pengeboman bertalu-talu, kebanyakan penduduk Gaza juga sedang bergelut dengan kelaparan dan dahaga melampau.
Mohammed Obaid yang menggali sisa runtuhan di Rafah dengan hiba menyatakan, tiada bekalan elektrik, tiada bahan api, tiada air dan tiada ubat-ubatan untuk mereka.
PENYAKIT BERJANGKIT MENULAR
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut memberi amaran penyakit berjangkit kini menular dengan cepat ke seluruh Gaza, sekali gus mewujudkan masalah tambahan terhadap sistem kesihatan yang sudah lumpuh.
Wakil WHO di Palestin, Richard Peeperkorn berkata, kes impetigo, meningitis dan jaundis telah direkodkan selain cacar air serta jangkitan saluran pernafasan atas.
“Terdapat kira-kira 60,000 kes diarea dalam kalangan kanak-kanak berusia di bawah lima tahun dan lebih 16,000 kes jangkitan pernafasan akut.
“Kudis dan ruam pada kulit juga menunjukkan peningkatan di samping trauma melampau dan kecederaan tulang belakang,” jelasnya.
Menurutnya, WHO sedang cuba menubuhkan makmal mudah alih di Gaza untuk menganalisis sampel jaundis sambil menambah tempat berlindung sementara yang sesak dan sanitasi yang kurang sempurna menyumbang kepada penyebaran penyakit pada kadar pantas.
Ketika ini, situasi di Hospital al-Ahli juga semakin huru-hara berikutan doktor terpaksa merawat pesakit di atas lantai selain berdepan bekalan bahan api, oksigen dan air yang terhad.
Kemudahan itu juga mengalami masalah kekurangan kakitangan perubatan untuk menangani kebanjiran pesakit.
“Ketiadaan peralatan untuk melakukan prosedur tertentu menyebabkan staf terpaksa memotong anggota tubuh pesakit sebagai pilihan terakhir bagi menyelamatkan nyawa mereka,” ujarnya lagi.
Dalam tempoh 66 hari perang ganas itu tercetus, lebih dua pertiga daripada 36 hospital dan lebih 70 peratus kemudahan penjagaan kesihatan primer di Gaza tidak lagi beroperasi.
Data dikemaskini Kementerian Kesihatan Gaza mendapati angka korban kezaliman rejim Zionis kini meningkat kepada lebih 18,608 orang manakala kira-kira 50,594 lagi cedera. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Thu Dec 14 2023
Penduduk Palestin beratur untuk mendapatkan makanan di Rafah. - Foto AP
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan Pelan Tindakan Pendidikan, Penghargaan Rukun Negara
Pelan tindakan ini menggariskan modus operandi melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
Raih RM31 juta sejak ditayangkan! Sheriff kini filem no. 1 di Malaysia
Berita gembira ini turut disokong oleh abang Syafiq, Syamsul Yusof yang turut bangga dengan kejayaan naskhah yang dihasilkan adiknya.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
Protes di universiti AS tidak tunjuk tanda perlahan
Dalam dua minggu lalu, protes pro-Palestin telah merebak ke kampus kolej utama di seluruh AS.
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Terdapat juga sejumlah besar senjata api yang tidak meletup tertimbus di dalam runtuhan yang menimbulkan risiko kepada kerja pembersihan.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
Operasi itu disambung sebulan selepas tujuh pekerja badan amal itu terbunuh dalam serangan udara Israel.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu.
Delegasi Hamas ke Kaherah bincang gencatan senjata
Hamas dijangka bertindak balas terhadap cadangan genjatan senjata berperingkat terbaharu Israel yang disampaikan pada Sabtu lalu.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Ancaman Israel untuk serang Rafah boleh cetuskan konflik dengan Mesir
Ancaman tentera Israel untuk menyerang Bandar Rafah di Semenanjung Gaza, Palestin boleh mencetuskan konflik dengan Mesir, kata Duta Mesir ke India Wael Mohamed Awad Hamed.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
Gelombang haba bawa derita baharu, risiko penyakit ke Gaza
Peningkatan suhu melampau luar jangka di seluruh Gaza menambah derita yang dihadapi warga Palestin setiap hari di semenanjung itu.