awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

92 Ahli Parlimen India digantung tugas

Bernama
Bernama
18/12/2023
14:51 MYT
92 Ahli Parlimen India digantung tugas
Seramai 33 anggota Dewan Rakyat dan 45 anggota Dewan Negara digantung tugas pada Isnin manakala 14 lagi telah digantung tugas minggu lalu. - Foto REUTERS
NEW DELHI: Parti pembangkang India mendakwa 92 Ahli Parlimen mereka telah digantung tugas kerana menuntut sesi debat diadakan susulan insiden kecuaian dalam aspek keselamatan sehingga membolehkan Parlimen diceroboh pada minggu lalu.
Pada 13 Dis dua lelaki mencetuskan kekecohan dengan menceroboh ke dalam di Dewan Rakyat sambil membawa bekas logam yang berisi bahan letupan atau gas pemedih mata.
Menteri Dalam Negeri harus membuat kenyataan berhubung insiden itu, kata presiden parti Kongres Mallikarjun Kharge pada Isnin.
T. R. Baalu dari parti Dravida Munnetra Kazhagam (DMK) berkata penggantungan sebilangan besar ahli Parlimen tidak pernah berlaku sebelum ini.
Seramai 33 anggota Dewan Rakyat dan 45 anggota Dewan Negara digantung tugas pada Isnin manakala 14 lagi telah digantung tugas minggu lalu.
Kedua-dua penceroboh dikatakan telah diberikan pas pelawat atas cadangan seorang Ahli Parlimen dari Parti Bharatiya Janata (BJP).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ahli Parlimen
#India
#Parti Kongres
#Mallikarjun Kharge
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan