awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

99 maut, 100 cedera dalam letupan lori tangki minyak di Sierra Leone

Reuters
Reuters
06/11/2021
13:52 MYT
99 maut, 100 cedera dalam letupan lori tangki minyak di Sierra Leone
Rangka kenderaan dapat dilihat di sepanjang jalan di pinggir Freetown, Wellington. - Reuters
FREETOWN: Sekurang-kurangnya 99 orang terbunuh dan lebih 100 lagi cedera di ibu negara Sierra Leone pada lewat Jumaat apabila sebuah lori tangki minyak meletup selepas satu perlanggaran, kata pihak berkuasa tempatan.
Bahan api masih dilihat keluar dari lori tangki pada pagi Sabtu ketika polis dan pasukan keselamatan cuba menyuraikan orang ramai yang berkumpul di tepi jalan, lapor Reuters.
Mayat manusia yang terbakar dan rangka kenderaan dapat di sepanjang jalan di pinggir Freetown, Wellington.
Lebih 100 mangsa yang cedera kini menerima rawatan di hospital dan klinik di seluruh bandar itu, kata Timbalan Menteri Kesihatan Amara Jambai kepada Reuters.
Mangsa termasuklah orang ramai yang berpusu-pusu mendapatkan bahan api yang bocor, kata Datuk Bandar, Yvonne Aki-Sawyerr, dalam catatan di Facebook.
"Kami lihat ramai mangsa dan mayat terbakar. Ia satu kemalangan yang dahsyat," kata Brima Bureh Sesay, ketua Agensi Pengurusan Bencana Negara.
Video yang dikongsi dalam talian sejurus selepas letupan menunjukkan orang ramai berlari melalui kepulan asap tebal ketika api menjulang tinggi.
“Saya bersimpati dengan keluarga yang kehilangan orang tersayang dan mereka yang mengalami kesan berpanjangan akibat insiden ini.
"Kerajaan akan melakukan apa sahaja untuk membantu keluarga yang terjejas, ” kata Presiden Julius Maada Bio dalam ciapan di Twitter.
Topic Berkaitan
#lori tangki
#Sierra Leone
#terbakar
#letupan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan