awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abbas Araqchi dilantik sebagai menteri luar baharu Iran

Bernama
Bernama
22/08/2024
06:17 MYT
Abbas Araqchi dilantik sebagai menteri luar baharu Iran
Araghchi memperoleh 247 daripada 288 undi semasa sesi undi percaya Kabinet yang dicadangkan oleh Presiden Masoud Pezeshkian pada Rabu. - Gambar fail
TEHRAN: Parlimen Iran meluluskan pelantikan Seyyed Abbas Araghchi sebagai Menteri Luar baharu negara itu, lapor Agensi Berita Iran (IRNA).
Araghchi memperoleh 247 daripada 288 undi semasa sesi undi percaya Kabinet yang dicadangkan oleh Presiden Masoud Pezeshkian pada Rabu.
Beliau dijangka melaksanakan janji-janji Presiden Pezeshkian untuk memulihkan semula perjanjian nuklear dan memperbaiki hubungan Iran dengan negara Barat.
Araghchi sebelum ini merupakan setiausaha Majlis Strategik Hubungan Luar Iran sejak 2021.
Beliau pernah berkhidmat dalam pelbagai jawatan di Kementerian Luar Iran, termasuk timbalan bagi hal ehwal politik dari 2017 hingga 2021 di bawah bekas Menteri Luar Mohammad Javad Zarif.
Diplomat berpengalaman itu merupakan ahli pasukan perunding Iran yang menyelesaikan perjanjian nuklear negara itu dengan kuasa dunia pada 2015.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Iran
#Menteri Luar
#Seyyed Abbas Araghchi
#Presiden Pezeshkian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan