Skip to main content

Dunia

Adidas mohon maaf selepas tampilkan bekas tentera Israel dalam kempen

TB_GENERIC LOGO ADIDAS_ADOBE
Adidas memohon maaf selepas menerima kritikan hebat dan gesaan boikot susulan penggunaan imej seorang bekas tentera Israel dalam kempen tempatan yang mempromosikan perkhidmatan kasut tunggal syarikat itu untuk golongan kudung serta individu dengan kelainan anggota badan.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Gergasi pakaian sukan Adidas memohon maaf selepas menerima kritikan hebat dan gesaan boikot susulan penggunaan imej seorang bekas tentera Israel dalam kempen tempatan yang mempromosikan perkhidmatan kasut tunggal syarikat itu untuk golongan kudung serta individu dengan kelainan anggota badan.

Bekas tentera Israel yang terlibat dalam kempen berkenaan, Shalev Biton kehilangan kaki kiri selepas cedera dalam konflik Israel-Gaza pada 2021.

Permohonan maaf itu dibuat menerusi akaun Instagram Adidas Arabia, cabang serantau syarikat pakaian sukan dari Jerman itu.

Dalam satu kenyataan, Adidas Arabia mengakui penggunaan imej tersebut telah menimbulkan kebimbangan dan reaksi negatif dalam kalangan orang ramai.

"Kami mengakui bahawa imej yang digunakan dalam satu aktiviti tempatan baru-baru ini telah menimbulkan kebimbangan dan reaksi yang kuat," menurut kenyataan itu.

Adidas Arabia menegaskan, syarikat itu tidak pernah berniat untuk menyinggung mana-mana pihak dan memohon maaf kepada mereka yang terkesan dengan penggunaan imej berkenaan.

"Kami menyedari kebimbangan yang telah dibangkitkan dan mengambil maklum maklum balas tersebut dengan serius," tambah kenyataan itu.

Kontroversi berhubung kempen itu tercetus di media sosial, dengan beberapa pengguna menyuarakan bantahan terhadap pemilihan individu yang pernah berkhidmat dalam tentera Israel sebagai wajah kempen berkenaan, sekali gus mencetuskan gesaan supaya produk Adidas diboikot.

Must Watch Video

Advertisement