awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adik perempuan Kim Jong-un beri amaran kepada Korea Selatan

Agensi
Agensi
10/06/2024
02:45 MYT
Adik perempuan Kim Jong-un beri amaran kepada Korea Selatan
Kim Yo Jong beri amaran berhubung tindak balas baharu terhadap Korea Selatan sekiranya negara itu terus melakukan penghantaran risalah propaganda mengecam pemerintahan Jong-un. - Gambar Reuters
PYONGYANG: Kim Yo Jong yang juga adik pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, memberi amaran berhubung tindak balas baharu terhadap Korea Selatan sekiranya negara itu terus melakukan penghantaran risalah propaganda mengecam pemerintahan Jong-un.
Yo Jong dalam satu kenyataan menegaskan, Korea Selatan bakal menyaksikan tindak balas daripada Korea Utara sekiranya terus melakukan provokasi.
Tentera Seoul mendakwa, Korea Utara semalam menghantar pusingan baharu belon sarat berisi sampah sarap ke arah Korea Selatan.
Perkembangan itu berlaku selepas kumpulan aktivis anti-Pyongyang di Korea Selatan menerbangkan sejumlah belon berisi risalah menentang pemimpin tertinggi, Jong-un merentasi sempadan kedua-dua negara.
Sebuah kumpulan Korea Selatan dinamakan Pejuang untuk Pembebasan Korea Utara berkata, mereka menghantar 10 belon mengandungi muzik K-pop bersama 200,000 risalah mengecam pemerintahan Jon-un pada minggu lalu.
Sementara itu, sebuah kumpulan lain terdiri daripada pembelot Korea Utara mengapungkan 10 belon pada Jumaat lepas membawa 100 radio mini, 200,000 risalah anti-Pyongyang dan pemacu kilat mengandungi ucapan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol.
Topic Berkaitan
#Workers' Party of Korea
#Korea Utara
#Kim Jong Un
#Kim Yo Jong
#belon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan