awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis tahan warga emas acu "pistol" di lebuh raya
KP Perkhidmatan Awam santuni pesara, sampaikan bantuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Afrika Selatan tidak dijemput ke Sidang Kemuncak G20 di AS - Trump

Bernama
Bernama
27/11/2025
03:45 MYT
Afrika Selatan tidak dijemput ke Sidang Kemuncak G20 di AS -  Trump
Trump sekali lagi menuduh Afrika Selatan melakukan "pembunuhan beramai-ramai" terhadap petani kulit putih, dakwaan yang disangkal keras oleh pakar serta kerajaan Afrika Selatan. - Gambar/ Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyatakan pada Rabu bahawa beliau tidak akan menjemput Afrika Selatan untuk menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) tahun depan di Amerika Syarikat, menurut hantaran di platform Truth Social beliau, lapor agensi berita Jerman dpa.
Trump sekali lagi menuduh Afrika Selatan melakukan "pembunuhan beramai-ramai" terhadap petani kulit putih, dakwaan yang disangkal keras oleh pakar serta kerajaan Afrika Selatan.
"Oleh itu, atas arahan saya, Afrika Selatan TIDAK akan menerima jemputan ke G20 2026 yang akan dihoskan di Miami, Florida tahun depan," tulis Trump.
"Afrika Selatan telah menunjukkan kepada dunia bahawa mereka bukan negara yang layak menjadi ahli di mana-mana sahaja, dan kami akan menghentikan semua pembayaran dan subsidi kepada mereka, berkuat kuasa serta-merta," kata Trump.
Trump juga mengkritik tindakan Afrika Selatan yang enggan menyerahkan jawatan presiden G20 secara simbolik kepada wakil kanan Kedutaan AS pada penghujung sidang G20 di Johannesburg baru-baru ini.
Trump tidak menghadiri sidang kemuncak itu, manakala Naib Presiden JD Vance juga tidak hadir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#G20
#Amerika Syarikat
#Afrika Selatan
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan