AGENSI Berita dan Maklumat Palestin (WAFA) menerima Anugerah Profesionalisme Media yang julung kali dianjurkan sempena Forum Ramadan di Jeddah, baru-baru ini.
Pengiktirafan ini diberikan atas usaha media rasmi Palestin itu menyampaikan maklumat berita yang berkredibiliti dan menepati piawaian etika kewartawanan meskipun berdepan cabaran besar.
Advertisement
Menurut Wakil Tetap Palestin ke Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Hadi Shibli, anugerah ini menghantar mesej jelas kepada WAFA yang agensi itu tidak bersendirian dalam menyampaikan maklumat tepat mengenai Palestin.
Kata Shibli, meskipun berdepan dengan sumber yang terhad namun WAFA tetap bertekad untuk menyampaikan berita Palestin dengan naratif yang tepat.
Shibli menerima anugerah itu daripada Setiausaha Agung Liga Dunia Islam Muhammad Bin Abdulkarim Al-Issa, bersama Ketua Pengarah UNA, Mohammed Bin Abdul Rabbo Al-Yami
Dalam ucapannya, Setiausaha Agung Liga Dunia Islam, Muhammad Bin Abdulkarim Al-Issa memuji UNA atas pengiktirafan terhadap kepelbagaian yang cemerlang dalam bidang ilmiah, pemikiran dan media.
Selain itu, forum ini turut menegaskan peranan penting media dalam mempromosikan perpaduan dan kesaksamaan untuk dunia Islam.
Turut hadir adalah wakil institusi media, para ilmuan serta diplomat dari pelbagai negara.