Skip to main content

Dunia

Agensi maritim UK lapor insiden babitkan kapal tangki, tentera di Teluk Oman

Vessels near the Strait of Hormuz, as seen from Musandam, Oman, August 10, 2026. REUTERS/Stringer
UKMTO menggesa kapal-kapal supaya “mengambil kira maklumat keselamatan maritim terkini dan sentiasa peka terhadap perubahan dalam persekitaran operasi.” - Gambar fail/REUTERS
Advertisement

ISTANBUL: Agensi Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO) pada Selasa melaporkan insiden membabitkan sebuah kapal tangki dan pasukan tentera di Teluk Oman berhampiran Gwadar di pantai barat daya Pakistan, lapor Anadolu Ajansi.

Dalam satu nasihat, agensi itu menggesa kapal-kapal supaya “mengambil kira maklumat keselamatan maritim terkini dan sentiasa peka terhadap perubahan dalam persekitaran operasi.”

UKMTO memaklumkan bahawa pihak berkuasa telah dimaklumkan mengenai insiden itu dan siasatan berkaitan masih dijalankan.

Nasihat itu tidak memberikan butiran lanjut mengenai kapal tangki berkenaan atau sama ada insiden itu mengakibatkan kemalangan jiwa atau kerosakan.

Insiden itu berlaku ketika ketegangan di sekitar Selat Hormuz meningkat susulan konfrontasi ketenteraan baru-baru ini antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video

Advertisement