awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agensi AS tidak sehaluan berhubung arahan Musk untuk senaraikan pencapaian minggu lepas

Bernama
Bernama
24/02/2025
10:23 MYT
Agensi AS tidak sehaluan berhubung arahan Musk untuk senaraikan pencapaian minggu lepas
Pasukan Musk menghantar e-mel kepada ratusan ribu pekerja persekutuan pada Sabtu, memberi mereka kira-kira 48 jam untuk melaporkan lima perkara khusus yang dicapai dalam minggu lepas. - Reuters
WASHINGTON: Agensi persekutuan Amerika Syarikat (AS) tidak sehaluan mengenai sama ada untuk mematuhi arahan daripada penasihat Presiden Donald Trump, Elon Musk untuk menyenaraikan pencapaian mereka dari minggu lepas atau dipecat, media AS melaporkan pada Ahad, menurut Xinhua.
"Sesetengah pegawai menentang manakala yang lain menggalakkan pekerja mereka untuk mematuhi. Di sesetengah agensi, terdapat panduan yang bercanggah," lapor FOX10 TV.
Beberapa agensi AS, termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Jabatan Negara dan Pentagon mengarahkan pekerja mereka untuk tidak mematuhi arahan berkenaan, menurut laporan itu.
Sementara itu, pada Ahad, Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia menghantar mesej yang mengarahkan kira-kira 80,000 pekerja mereka untuk mematuhi.
Pasukan Musk menghantar e-mel kepada ratusan ribu pekerja persekutuan pada Sabtu, memberi mereka kira-kira 48 jam untuk melaporkan lima perkara khusus yang dicapai dalam minggu lepas. Dalam mesej berasingan di platform media sosial X, Musk berkata mana-mana pekerja yang gagal menjawab sebelum tarikh akhir ditetapkan dalam e-mel iaitu 11.59 malam EST Isnin (0459 GMT Selasa) akan kehilangan pekerjaan mereka, lapor berita NBC.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#agensi Persekutuan
#Elon Musk
#Amerika Syarikat
#penasihat donald trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan