BANDARAYA GAZA: Ahli keluarga kepada pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh termasuk kakaknya, terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas rumah mereka di barat Bandaraya Gaza pada Selasa, lapor Agensi Anadolu.
Menurut sumber perubatan, sekurang-kurangnya 10 orang daripada keluarga Haniyeh terbunuh dalam serangan di kem pelarian Beach.
Pada 10 April, Haniyeh kehilangan tiga anak lelakinya dalam serangan udara Israel ke atas kereta mereka di kem Beach.
Serangan udara Israel yang lain menyasarkan dua sekolah yang digunakan sebagai tempat perlindungan di kawasan perumahan Al-Daraj, timur Bandaraya Gaza dan di kem pelarian Beach, menyebabkan beberapa kematian.
Pihak berkuasa kesihatan masih belum mengesahkan jumlah mangsa yang terbunuh dan cedera.
Sementara itu, pasukan Pertahanan Awam di kem pelarian Al-Maghazi, di tengah Semenanjung Gaza mengeluarkan lima mayat penduduk, termasuk tiga kanak-kanak dan seorang wanita yang tertimbus di bawah runtuhan rumah yang musnah akibat serangan udara Israel.
Israel, yang mengabaikan resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menuntut gencatan senjata segera, telah menghadapi kecaman antarabangsa di tengah-tengah serangan kejam yang berterusan di Gaza.
Lebih 37,600 rakyat Palestin telah terbunuh di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak manakala hampir 86,100 lagi cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.
Lebih lapan bulan konflik Israel-Hamas mengakibatkan kawasan Gaza yang luas musnah di tengah-tengah sekatan makanan, air bersih dan ubat-ubatan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 25 2024
Menurut sumber perubatan, sekurang-kurangnya 10 orang daripada keluarga Haniyeh terbunuh dalam serangan di kem pelarian Beach.- Foto Reuters
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Ahli keluarga Ismail Haniyeh, termasuk kakaknya terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
Ahli keluarga kepada pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh termasuk kakaknya, terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas rumah mereka di Gaza.